The Imitation Game - short and sweet review

Bila tengok cerita ni, teringat balik dekat universiti dulu belajar subjek ‘Computer Organization’, mengenali figura atau boleh dikatakan bapa dalam dunia sains komputer iaitu Alan Turing. Sedikit bio tentang Alan Turing, pakar matematik yang mula-mula mengeluarkan teori mengenai sebuah mesin yang berfungsi berdasarkan algoritma yang dikenali sebagai ‘Turing Machine’ (juga dikenali sebagai komputer pada hari ini). Dan dia juga mengeluarkan teori ‘Turing test’ dimana komputer dapat berfikir seperti manusia, dan teori ini masih lagi dalam penyelidikan. Belum pernah lagi komputer melepasi ‘Turing test’ kecuali pada tahun lepas, dimana sekumpulan penyelidik telah berjaya membina satu komputer yang mengganggap ‘dirinya’ seorang manusia berusia 13 tahun. (Boleh rujuk http://www.telegraph.co.uk/technology/news/10884839/Computer-passes-Turing-Test-for-the-first-time-after-convincing-users-it-is-human.html)

Alan Turing boleh dikatakan cuba membawa pembaharuan dalam cubaan untuk memecahkan enkripsi Enigma buatan Jerman semasa perang dunia kedua. Semuanya disebabkan karenah birokrasi ataupun ‘chain of command’ daripada orang atasan, walaupun benda ni bagus juga untuk kawal daripada orang buat keputusan sesuka hati. Cuma masalahnya, kadang-kadang orang atasan (management) tak faham dengan orang bawahan yang terlibat dalam bahagian teknikal. Sebab tu diorang sewenang-wenangnya tolak mentah-mentah idea daripada orang bawahan, lagi-lagi kalau dia tu orang muda. Sebab tu kalau diperhatikan, kalau sesebuah organisasi tu kurang melibatkan orang muda, hasil organisasi selalunya tidak kreatif, tidak inovatif, ditakuk lama dan tidak mengikut peredaran zaman. Seperti dalam cerita ini, orang atasan mengambil pakar bahasa Jerman dalam misi untuk memecahkan Enigma, walhal kriptografi ni takda kaitan langsung dengan bahasa sebenarnya. Kalau diteruskan dengan gaya macam tu sampai bila pun Enigma tak dapat dipecahkan.

Tertarik dengan cara Turing menyelesaikan masalah enkripsi ini, iaitu dengan mengecilkan skop kepada lebih kecil, berbanding menggunakan teknik ‘brute force’. Contoh teknik ‘brute force’, bilamana kita cuba meneka kata laluan emel seseorang dengan bermula dengan huruf ‘a’, ‘b’, ‘c’ … ‘z’, kemudian ‘aa’, ‘ab’, ‘ac’ … ‘az’, ‘ba’, ‘bb’ dan seterusnya. Jadi, nak pecahkan enkripsi Enigma yang ada 159, 000, 000, 000, 000 ,000, 000 kemungkinan memang mengambil masa yang sangat-sangat lama dan agak mustahil oleh kerana sumber yang terhad, tambahan tetapan enkripsi Enigma akan ‘reset’ pada 12 tengah malam setiap hari. Dengan itu mereka harus meneka semula enkripsi tersebut daripada mula. Bagaimana solusi Turing dalam hal ni? Tengok la cerita ni haha.

Dan ya, cinta memang menjadikan seseorang membuat sesuatu di luar kebiasaan malahan boleh jadi gila sekiranya tidak dikawal seeloknya.

Love will make a man do strange things, I suppose..

In this case, love just lost Germany the whole bloody war!

comments powered by Disqus